Sabtu, 27 Jun 2009

Bulan Rejab..

Semalam ad sorg sahabt ni tanye,..."ehh dh masuk bln rejab la...""eh yeke xperasan pn..."pastu die pn bertanye,..."apa speselnye bulan rejab ni?..""err..(alamak kantoi)"adoi..nampak nye..sejak dok jepun ni jd pelupa.."ai taun lepas blh jawab taun ni xblh jawab?"..(adus kne lg "tuk" atas kepala)...mmg sah ak ni pelupa..mungkin sbb dh byk dh dosa dok jepun ni kot..huhu..

hmm so, utk mengingtkn diri ni blk ...dh buat research arini..byk gk dh bce.... so dpt la selit kn disini beberapa info ttg bulan rejab..huhu....

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Lebih kukuh lg, Imam Muslim mriwayatkn daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).Said mjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim).Imam al-Nawawi pula mngatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

disamping tu terjumpa gk 1 satu hadis ni...
Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda,''Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt , maka : ''

1.Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas.maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2.Dan Barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3.Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4.Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1,2, dan 3 Rejab [4,5,6 Julai 2008] maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5.Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, InsyaAllah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt .. InsyaAllah

6.Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini , maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7.Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini , maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dann menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan,dan barang siapa yang menambah [hari-hari puasa] maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya

so sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

disamping menyeru diri ini dan rakan2 yg lain..rebutla peluang ini meningktkn amalan agar diri kite cukup siap siaga utk berpuasa penuh pada syaban dan trus sehingga ke bulan ramadhan..amin...




p/s:thanks kpd shbt yg mengingtkn...

3 ulasan:

polar_bear berkata...

heheheh.....
ak tau sape y tanye....
(cube tiru gaye kawan ko....)

Tanpa Nama berkata...

thnx qyum..mmbntu...

Tanpa Nama berkata...

nak tanya...
dulu pernah ad sorg ustazah bagi ceramah n dia ad sentuh hadis y ke2 tu...
dia kata itu tergolong dalam hadis daif...

apapun y pntg niat kita kene ikhlas dalam beribadat...

jangan kerana ganjaran baru kita nak wat sst...

sama2 kita cek diri..
walahualam.