masuk esok genap setahun 1430 hijrah...masuk ke 1431 hijrah....saya igt lg dulu..ada dgr 1 ceramah ni...ketika nabi sampai di madinah..nabi disambut dgn selawat...

طلع البدر علينا

Tala‘ al-badru ‘alaynā

Oh the white moon rose over us


من ثنيات الوداع

Min thanīyātil-wadā‘

From the valley of al-Wadā‘.


وجب الشكر علينا

Wajab al-shukru ‘alaynā

And we owe it to show gratefulness


ما دعى لله داع

Mā da‘á lillāhi dā‘

Where the call is to Allah.


أيها المبعوث فينا

Ayyuhal mab‘ūthu fīnā

Oh you who were raised among us


جئت بالأمر المطاع

Ji’ta bil-amri al-muṭā‘

Coming with a word to be obeyed


جئت شرفت المدينة

Ji’ta sharaft al-madīnah

You have brought to this city nobleness


مرحبا يا خير داع

Marḥaban yā khayra dā‘

Welcome best caller to God's way

object width="425" height="344">

semoga tahun baru ini membuka lembaran baru buat kita semua dgn berkat dan rahmat Nya...sungguh suci pengorbanan mu ya Rasulullah,memberi cahaya ke seluruh alam hingga ke hari ini....

p/s:salam maal hijrah buat semua...
Links to this post
entry ni sbnr nye dh lame dh nk tulis..tp sbb bz sgt sampai xtersempat nk tulis...3 week ago,..ada sorg org rusia ni...(yg sy penah cter dl dlm entry sblm ni die masuk blk sy time bulan pose dl..)org yg same juga telah membuat kacau bilau kt asrama ni..die telah menyemburkan fire estinguiser...menyebabkan amaran kebakaran berbunyi...lalu mengejutkan semua penghuni asrama blok yg same dgn saya..


sume bergegas kua dari bangunan asrama..terlihat sorg anak kecil lena didokong oleh ayahnye..bergegas keluar dr bangunan asrama..manakala suhu diluar pula pada ketika itu mencecah 8 darjah cecius dan jam menunjukkan pukul 2 pagi...kesian bdk tu...


pada mulanya saya tidak tahu dan menyangka kebakaran benar2 berlaku..ap yg sempat dicapai..baju sejuk hp and dompet shj...3 ke 4 trak bomba sampai..beserta ambulans...punye la cepat...mmg agak n ye dh pro..negara yg dh slalu dilanda bencana la katakan...


kemudian walaupun hampir 15 minit bomba dan ambulan tiba..tp loceng kecemasan..xpn diberhetikan..time tu pelik..awatla xmati2..penye pas dgr kak sufi cte..hanya bomba narita je blh matikan sistem kecemasan situ...hah?sy bkn men pelik lg..ye r..dr narita nk kecni ada setengah jam kot nek kete ikut highway..awatla xtaruk kt chiba je..kat sufi explain..tu mmg dorg punye security..oh yeke..(monolog sendri)


xlame pastu ...polis situ ishtihar.."jibun heya wo modotte kudasaio..mou daijoubu deswu..nanimo nai kara"....sblm saya bergerak masuk blk..mata saya terpandang kepada sorg mamat..(mcm kenal bisik ati)..kelihatan die disoal siasat oleh polis...tanye mmbr kt sebelah blk ni..bdk master..die bgtau.."die cari hang r...tp xjumpe tu die g men mende tu."...saya pn apalagi..jgn bgtau plois tu pape..buat senyap je...saya pn terus blk bilik..dr bilik saya intai die...sah die mabuk!!..cis..dasar pemabuk..buat ssh org lak... polis cube mereman die...tp die mcm2 helah...sampai la polis terpaksa guna kekerasan..tolak die masuk dlm kete.,,..dalam hati..tangkap je die...geram...sume gara2 org rusia tu..


skrg ni asrama punye sistem security die upgrade lg..next week kne dtg opis asrama amik security card..hadui..dulu pakai tekan2 nombor...pasni tukar card lak..lg r menyusahkan..ai..sabo jela...


mmg btol nape islam mengharamkan arak...biarla arak tu zero alkohol skalipn....tp arak ttp arak..dan hukum minumnya adalah haram....


p/s:buat mmbr yg ada kenangan bersama org rusia..die dh tertangkap..yeay..(>,<)v
Links to this post
Baru2 ni ada tgk satu drama ni..tp 4 episod je..ttg personaliti org berdasarkan darah..so nk tanye sesape yg blaja medic..adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh mampu menggambarkan
personaliti sebenar diri sendiri?

Kalau menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran
terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. sebagaimana yg tertulis dibawah ni...apa pula pendapat anda??


DARAH ‘O ‘
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH ‘A ‘
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.

DARAH ‘ B’
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu
adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH ‘AB ‘

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

so kalo nk tau korg ni jenis darah ap...g buat derma darah ke or buat medical check up..huhu

p/s;diri sendiri pn xigt jenis darah ap bila bce ni..kne cari blk slip time buat medical checkup dl..huhu..penye B+..huhu
Links to this post


1st skali..korg kne download ni(KLIK CINI) untuk cek bila tarikh lahir korg dlm bulan islam..pas dh cek blh lah bace yg bawah ni ye..huhu..


Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadiorang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yangsuka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras danmudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannyalemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya.Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masadewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebalikknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hatidan kurang pertimbangan.


moga blh la jd cermin diri..huhu..btol ke x..tu saya xpasti..hihi...

P/S;saje sbb xtau nk tulis ap..huhu..

Links to this post
berjalan lagi..tu jela keje si qayyum ni dok jepun..haish entah bile la nk study..huhu..tp berjalan2 mcm ni yg best..tambah ilmu skit..kate nk jadi engineer..huhu..tokyo autoshow ni mempamerkan kereta2 baru..design br and mcm2 lgla..suppose to be ada gk tokyo autosalon..tp dh terlepas..nk gk tgk..huhu...



mc laren..



prius hibrid..



lexus sport concept..



odeysey baru..



mazda future car..



fairlady Z..

walaupn autoshow kali ni kurang mendapat sambutan dr syarikat2 dr eropah kerana situasi ekonomi semasa tp bg sy ttp meriah..kebanyakan automaker mula beralih arah ke China kerana keadaan pasaran di sana sdg berkembang pesat..

itu sahaja kali ni..for more picture klik cni ye..
Links to this post
dh lama rase nye xtulis entry...maklumla sebulan beraya..hehehe...pejam celik..raya pn dh abis..sem 2 pn dh dkt sebulan dh start..mmg pantas mase berlalu..sebulan raya di jepun ni..mane ada open house kalo dijemput insyaallah sy g..biar xknl skali pn..dh dtg kang br knl xpe..huhu..br r name beraya..kata org mengeratkn silaturahim...

sem 1 telah berlalu..walaupn result xbrape ok..tp nk xnk ke hantar gk result ke embassy..buat mmbr2 yg len jgn lupa hantar result ye..tanggungjwb tu..huhu....sem 1 cukupla jd iktibar..sem2 ni berazam nk buat lg baik dr sem1..suasana kat cni lak..xmenentu..kadang panas kadang sejuk..nk masuk perubahan musim agak nye..daun2 pn mula kekuningan tanda akan masuk aki(musim luruh)..wah..agak nye mcm cite mohabbtien tu ke ?ntahla..xsabar nk tgk..huhu..sama gak mcm dl..time awal2 sampai jepun..xsabar2 rase mcm mne la nk tgk bunga sakura berguguran..mesti cantik..mcm2 angan2 ada...pastu seminggu musim sakura..bila die gugur tu..rase mcm xnk lalu bwh pokok sakura tu..nnt kang tgh struggle kayuh basikal nk g ke klas..tetiba lak cebisan sakura2 ni masuk ke mata atau pn hidung..huhu..

tu r die ragam manusia ..kalo bende blom ada..nk sgt2..tp kang kalo dh dpt...xsuka lak..mcm2....huhu...

p/s:lagu ni tujukan khas buat2 kwn2 yg sdg blaja kt mne2 sekalipn....ganbarimasyou!!MySpace
Links to this post
berbuka pd mlm raya...

jam sudahpn menunjukkan pkl 7.30...di sini sudahpn masuk waktu isyak...namun di malaysia br je pkl 6.30 ptg(beza sejam je malaysia -jepun) buka pn blom lg!..mlm tu kami sume yg ada kt chiba ni buka puasa di umah cik wan..senior sy r sng cte...mak mertua die n ister die kak sufi masak lauk best2..kitorg sume dh kenyang..tapi esok raya ke x masih xtau lg..so kne la tunggu malaysia..nk bertakbir ke x pn xtau lg...klaka gk r time tu...sbb jepun sbnrnye ikut malaysia dlm menentukan tarikh puasa n raya..tp di sbbkn perbezaan masa so org yg kt jepun n kne tunggu sejam lg untuk tunggu org kt malaysia isytiharknnya.....dh dpt tau br la blh nk bertakbir raya..hihi..

mlm tu sy sempat menghubungi keluarga di malaysia..wah best tgk dorg menikmati rendang n lemang yg nenek masak..tp kte yg cni blh just tgk jela..huhu

mlm tu xdpt tdo sbb dh biasa kt cni xtdo sampai subuh sbb subuh awal..pas sahur biasa br tdo..tp disebbkn xblh tdo..dok layan lagu raya kt you tube..huhu

kisah di pagi raya..

pkl 5.30 pg mcm tu sy dok panas kn enjin kete..dh bersiap dh nk bertolak..mmg ni la saat yg
di nanti..nk sgt raya kt perantauan..dr chiba ada 4 kete...kira satu rombongan r gerak g kedutaan malaysia..saje gerak awal sbb nk elak jam..maklumla jalan tokyo..
sampai kat kedutaan pukul 7.oo pg lebih kurang..pintu kedutaan pn blom bukak lg..


ceria muka semua..


abbas..senior phd kt chiba..


bersama senior2..



Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: 'Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid'


selepas bertakbir ,,solat raya..and dgr takbir raya..brla dpt berjumpa dgn rakan2 lain yg same xblk..sume nk rase raya kt cni mcm mne..biarpn tiket flight sgt murah ..tp pengalaman ni mungkin sekali seumur hidup..




time kt kedutaan tu dpt jumpe dgn mafuzah sensei..die amik kursus 6 bln kt cni..kt saitama..nila rupa batch 26 beraya kt jepun..



last but not least..buat member2 yg mengenali diri..dikesempatan ini andai ada salah dan silap..saya mohon ampun dan maaf..sesungguhnye kita hamba allah yg lemah tidak akan terlepas dr melakukan kesilapan..

buah pala dalam perigi,
selamat hari raya aidilfiri..

kuih karipap dijual di pekan,
salah dan silap harap dimaafkan..




p/s:buat mmbr yg kt mesia nk blk cni tu..jgn lupa bwk blk buah tgn dr mesia..huhu
Links to this post