Ahad, 22 November 2009

btol ke jenis darah menentukan personaliti..??

Baru2 ni ada tgk satu drama ni..tp 4 episod je..ttg personaliti org berdasarkan darah..so nk tanye sesape yg blaja medic..adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh mampu menggambarkan
personaliti sebenar diri sendiri?

Kalau menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran
terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. sebagaimana yg tertulis dibawah ni...apa pula pendapat anda??


DARAH ‘O ‘
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH ‘A ‘
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.

DARAH ‘ B’
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu
adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH ‘AB ‘

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

so kalo nk tau korg ni jenis darah ap...g buat derma darah ke or buat medical check up..huhu

p/s;diri sendiri pn xigt jenis darah ap bila bce ni..kne cari blk slip time buat medical checkup dl..huhu..penye B+..huhu

Ahad, 15 November 2009

Nak tahu bila dan bagaimana personaliti anda dari kalendar islam??


1st skali..korg kne download ni(KLIK CINI) untuk cek bila tarikh lahir korg dlm bulan islam..pas dh cek blh lah bace yg bawah ni ye..huhu..


Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadiorang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yangsuka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras danmudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannyalemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya.Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masadewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebalikknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hatidan kurang pertimbangan.


moga blh la jd cermin diri..huhu..btol ke x..tu saya xpasti..hihi...

P/S;saje sbb xtau nk tulis ap..huhu..

Khamis, 5 November 2009

tokyo autoshow

berjalan lagi..tu jela keje si qayyum ni dok jepun..haish entah bile la nk study..huhu..tp berjalan2 mcm ni yg best..tambah ilmu skit..kate nk jadi engineer..huhu..tokyo autoshow ni mempamerkan kereta2 baru..design br and mcm2 lgla..suppose to be ada gk tokyo autosalon..tp dh terlepas..nk gk tgk..huhu...



mc laren..



prius hibrid..



lexus sport concept..



odeysey baru..



mazda future car..



fairlady Z..

walaupn autoshow kali ni kurang mendapat sambutan dr syarikat2 dr eropah kerana situasi ekonomi semasa tp bg sy ttp meriah..kebanyakan automaker mula beralih arah ke China kerana keadaan pasaran di sana sdg berkembang pesat..

itu sahaja kali ni..for more picture klik cni ye..