Jumaat, 15 Mac 2013

secebis 3 pg

kita hanya mampu merancang dan berusaha
selebihnya apa yang berlaku bersangka baik la dengan nya
sekiranya apa yang di rancang menjadi maka bersyukurla
sekiranya ia bukan yang kita kehendaki,
percaya akan ada yang lebih baik akan Dia ganti.
Dia tidak zalim,malah dia maha pemurah lagi maha mengasihani..


P/s: ditepi pantai xjauh dari umah den..

Khamis, 31 Januari 2013

redha




Mengapa kita harus rasa kecewa
Sedangkan Tuhan lebih mengetahui
Apa yang terbaik untuk makhluk-Nya
Bukan ditakdir untuk menyeksa

Biarpun kita terasa berjauhan
Namun jiwa bagaikan tiada sempadan
Itu yang terbaik bagi setiap insan
Saling memahami redha dengan kehendak ilahi
Ya Rabbi auzi'ni an asykur ni'mata kallati
An a'mta 'alayya wa ala walidayya

Wahai Tuhanku ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur atas nikmat-Mu
Yang Engkau kurniakan kepadaku juga kepada ibubapaku
Ulang..

Ya Rabbi auzi'ni an asykur ni'mata kallati
An a'mta 'alayya wa ala walidayya

Wahai Tuhanku ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur atas nikmat-Mu
Yang Engkau kurniakan kepadaku juga kepada ibubapaku

Walau pedih
Tuk diterima
Ia hanya sementara cuma
Redha dengan qada' qadar-Nya
Ada hikmah
Di sebalik
Ketentuan-Nya

Rabu, 30 Januari 2013

just face it..


Semerbak wangi
di taman hati
tarik nafas
pejamkan mata
Sisakan waktu
barang sejenak
lihatlah kembali
dengan mata hati

Tegarlah menyelami hidup
Dan buang semua kebimbangan

Kata dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu

Ahad, 27 Januari 2013

jendela itu

mengintai ke luar jendela
kapan bila ku kan tiba,

ku lihat jam di tangan kiriku,
masih blom tiba lagi waktu,
namun hati bagaikan tidak sabar,
ku pujuk ia dgn istigfar,

ku buka mukabuku,
melihat komentar sahabat sekelilingku,
kadang-kadang ada juga komentar dari mak saudara ku,
membuat ku terasa duka itu lalu,

pesanku buat diri,
tinggal setahun je lagi,
usah persia masa yang masih berbaki,
dan kemudian kamu akan menatap jendela itu lagi,

tapi kali ini bukan dgn air mata perpisahan,
tetapi dengan sengenggam kejayaan,
di balik jendela itu raut wajah gembira,
di balik jendela itu cita yang terlaksana,

kan ku nanti detik itu,
moga tabah dan sabar menjadi pendampingku,

#puisiorgdemamnakbalik

Sabtu, 19 Januari 2013

wan teh


setiap tahun andai ku pulang mesia akan ku lawat rumah ini... keliling nya penuh dengan pohon buah- buahan.. ada pokok rambutan.. pokok kelapa.. belakang nye ada pokok manggis.. di tepi rumah ini ada buaian..tempat ku selalu bermain andai ke rumah ini.. tuan rumah ini tidak lokek dengan senyuman..manis dan menyejukkan hati...

masih lagi ku ingat raut wajah mu itu..gembira melihat cucu cicit sedara datang beraya.. walaupn usia dan fizikal tidak mengizinkan..namun memuliakan tetamu tetap tidak dilupakan.. hari ini di kau pergi meninggalkan kami..sayang nya ak disini tidak dapat kembali..namun ku berdoa ke hadrat ilahi..moga rohmu ditempatkan bersama-sama mereka yang dikasihi....

sungguh memori bersamamu tidak dapat ku lupakan..

19/01/2013 Al-fatihah buat wan teh ku (yang berbaju purple)..




Isnin, 3 Disember 2012

tak terkata


terasa lemah sungguh diri ini
diasak kanan dan kiri
terkurung bagai dijeraja besi
terasa tidak lagi mampu berdiri


Oh tuhanku, ku percaya di balik susah ada mudah..
Permudahkan lah perjalanan hidup hamba mu ini,


p/s: terima kasih teman menasihati diriku dengan ayat ini...

Jumaat, 23 November 2012

Sebiru hari ini

kaki ku melangkah  hari ni sambil mendongak langit ,hujan rintik-rintik kecil turun membasahi bumi..berbeza dgn hujan di negara asal ku,hujan di bumi sakura ini tidak membasahi diriku. perlahan ak mengayuh basikal pinjam demi memenuhi jemputan junior bertamu pagi dirumah nya.angin sejuk menyapa muka ku,sungguh kini ku sedar betapa besar nikmat mentari.setiba nya di rumah hp ku berdering..seorang teman yang sudah lame tidak dihubungi...ak tidak menyangka perbualan dengan seorang teman di pagi hari membuatkan ak tersentak memikirkan masa depan ku...


tersedar berat amanah yang bakal digalas bile grad nanti.. sungguh ku tidak tahu sama ada mampu atau tidak ku pikul amanah itu nanti 

kemudian semalam melihat video seorang rakan sekelas berkahwin..membacakan surah at-tahrim kepada isterinye selepas akad nikah...mendalam btol maksud surah tuh..semoga perkahwinan mereka diberkati..

lastlly, semalam ..


إن لم تزد شيئا على الدنيا : كنت أنت زائدًا على الدنيا

"Jika kamu tidak menambah (menyumbang) apa-apa pada dunia, maka kamu adalah lebihan (yang tidak berguna) pada dunia."

teringat kepada seseorang y pernah cakap benda nih kat ak.. sesungguhnya ak mahu berfungsi..tidak mahu menjadi lebihan...



 p/s: teringin la nk mkn benda nih lagi..terima kasih kepada kawan baik yang blanje den nih...moga murah rezeki beliau..amin..